Buletin JKE PSAS 2023
KARN I VA L S UKAN J K E 202 3 AUD I T E X T E RNA L E XAM I N E R ( E E ) E T AC BAG I P ROGRAM D I P LOMA K E J URU T E RAAN E L E K T RON I K ( KOMUN I KAS I ) ( D E P ) 10 OKTOBER 2023 - Audit ini telah dijalankan di Bilik Seminar JKE oleh External Examiner, Prof. Dr. Nurbahiah binti Misran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara aspek yang dinilai adalah pelaporan mesyuarat bersama industri dan alumni, proses dan prosedur latihan industri, proses dan prosedur daripada Unit Peperiksaan dan pelaksanaan FYP. Di sebelah petang pula, berlangsungnya lawatan ke makmal dan bengkel bagi memastikan fasiliti di JKE berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Makmal yang terlibat adalah makmal ETL, EPD, ECAD, EPC, EPR2, EPP dan TECC. 2-3 OKTOBER 2023 - Program Karnival Sukan JKE 2023 ini adalah bertujuan untuk membuat sesi pemilihan pelajar bagi mewakili Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) ke peringkat Karnival Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (SUPSAS) 2023 anjuran Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum (JSKK). Seramai 11 orang pengurus pasukan dalam kalangan pensyarah dan staf JKE telah dilantik untuk melaksanakan sesi pemilihan pemain bagi sukan futsal, pétanque, bola jaring, badminton, woodball, sepak takraw, bola tampar, catur, pingpong, tarik tali dan e-sports. Melalui program yang telah dilaksanakan ini, bakat dan potensi para pelajar dapat digilap dan berpeluang untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai jenis sukan. Di samping itu juga, impak program ini juga dapat meningkatkan semangat kesukanan dan persaingan jasmani yang sihat dalam kalangan pelajar di JKE khususnya. 9 BULETIN JKE PSAS/2023 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2