Buletin JKE PSAS 2023
B E NGK E L M I N I P RO J E K ( P EMB I NAAN L I T AR P C B ) KARN I VA L S UKAN S T A F P SAS 202 3 16-17 OKTOBER 2023 - Karnival sukan staf PSAS telah diadakan bertujuan untuk mencapai matlamat utama iaitu penyatuan jiwa dan semangat kekitaan serta memanfaatkan kualiti masa bersama warga PSAS. Antara aktiviti yang diketengahkan adalah bowling padang, ride santai, sehati sejiwa, tiup bola pimpong dan 8 Points Relay Race. Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh semua jabatan dan unit di PSAS. Turut hadir memberi sokongan penuh ialah Yang Berusaha Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, serta barisan pengurusan PSAS. B E NGK E L P E NU L I SAN I NV E S T I GA T I ON R E POR T 26 OKTOBER 2023 - Unit Projek JKE telah menganjurkan Bengkel Penulisan Investigation Report bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus DEE40082 Projek 1. Bengkel ini dijalankan bagi membantu pelajar- pelajar untuk menghasilkan laporan investigasi yang lebih berkualiti dengan mengikut format yang betul. Program ini telah disampai oleh Dr. Muhammad Firdaus bin Mohd Zublie, Ketua Program DET. Program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan analisa kebolehgunaan dan kepentingan projek serta menilai kebolehlaksanaan projek yang dirancang. Program ini menyokong pencapai PLO 2 dan PLO 4 pelajar. 5 & 12 OKTOBER 2023 - Unit Projek JKE telah menganjurkan Bengkel Mini Project (Pembinaan Litar PCB) kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus DEE40082 Projek 1. Kursus ini telah diadakan secara 2 siri iaitu Siri 1: Rekabentuk litar elektrik dan litar Printed Circuit Board (PCB) menggunakan perisian elektronik dan Siri 2: Proses UV exposure (thermal transfer), photoresist removal (developing process) litar PCB dan etching PCB board. Program ini menyokong pencapaian PLO 5 dan PLO 12 pelajar di samping pendedahan kepada para pelajar terhadap teknik rekabentuk litar elektrik mengikut format yang lebih tepat. 9 BULETIN JKE PSAS/2021 18 L TIN JKE PSAS/2023
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2