Buletin JKE PSAS 2023

SAMB U T AN HAR I AKAD EM I A J K E MA J L I S BACAAN YAS I N & S UMBANGAN D E RMA P R I HA T I N P ROGRAM L AWA T AN P E NANDA ARAS DAR I P U SA T P E NGA J I AN D I P LOMA , S PAC E U TM 16 NOVEMBER 2023 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menerima lawatan penanda aras dari Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM. 5 orang delegasi yang hadir terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Program dan pensyarah Pengajian Diploma, SPACE UTM. Objektif lawatan penanda aras ini adalah untuk berbincang berkaitan struktur program Diploma Kejuruteraan Elektrik, perkongsian amalan perlaksanaan pdp dan lawatan ke bengkel JKE serta TECC PSAS. Selain itu, perkongsian berkaitan pengurusan akreditasi ETAC turut dibincangkan bersama pihak UTM. BULETIN JKE PSAS/2023 59 16 NOVEMBER 2023 - Majlis bacaan Yasin anjuran KKDR JKE telah diadakan buat staf JKE yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 November yang lalu iaitu Allahyarham Mohd Aliff Firdaus Bin Ramly dan juga buat almarhum ayahanda kepada Puan Herdawati Binti Ahmad. Seusai majlis, KKDR JKE yang mewakili pengurusan PSAS telah menziarahi keluarga arwah dan turut menyampaikan sumbangan derma JKE Prihatin di kediaman mereka yang bertempat di Taman Kancing Jaya, Rawang, Selangor. 26 OKTOBER 2023 - Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKDR) telah menganjurkan Sambutan Hari Akademia JKE bagi menghargai peranan pensyarah sempena Bulan Akademia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Majlis dimulakan dengan kata aluan dari pengerusi KKDR, En Eddyzulham Bin Abu Bakar, dan seterusnya ucapan dari Ketua Jabatan Elektrik, En Saiful Adli Bin Yusoff. Majlis diteruskan dengan sesi pertukaran hadiah dan jamuan makan. 1

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2