Buletin JKE PSAS 2023
KEJOHANAN 16TH FIRA MALAYSIA CUP 2023 8-12 Mei 2023 - Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 anjuran FIRA Malaysia Chapter, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai telah berlangsung dengan jayanya pada 8 hingga 12 Mei 2023. Ini merupakan kali kedua Politeknik Seberang Perai menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini sejak diadakan pada tahun 2007. Objektif utama FIRA ditubuhkan adalah untuk mengembangkan minat terhadap sains dan teknologi robot kepada generasi muda dan masyarakat umum melalui pertandingan robot soccer. Pertandingan seperti ini mampu memberikan satu arena baharu yang mencabar kepada generasi muda terutamanya kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti untuk melakukan penyelidikan yang lebih aktif dalam membangunkan robot multidisiplin. Pasukan PSAS Fighter yang mewakili Politeknik Sultan Azlan Shah telah menyertai 6 kategori yang dipertandingkan. Pasukan PSAS Fighter telah berjaya memperolehi 4 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dari pelbagai kategori yang disertai. Selain itu, pasukan PSAS Fighter turut menjadi juara keseluruhan bagi kategori Hurocup dan Tempat Kedua Keseluruhan bagi Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan PSAS Fighter diatas pencapaian yang cemerlang dan membanggakan ini. Semoga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berjaya dalam pertandingan lain di masa akan datang. 9 BULETIN JKE PSAS/2021 32 L TIN JKE PSAS/2023
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2