Buletin JKE PSAS 2023
17-21 JULAI 2023 - Pasukan Robotik Politeknik Malaysia telah mewakili Malaysia ke kejohanan FIRA RoboWorld 2023 yang telah berlangsung pada 17 hingga 21 Julai 2023. Selain Politeknik Sultan Azlan Shah, turut serta adalah Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan ini berlangsung di Ostfalia University, Lindenhalle, Wolfenbuettal, Jerman. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk membawa semangat sains dan teknologi kepada generasi muda khususnya belia berbakat. Pertandingan ini juga menghubungkan robotik dan saintis AI serta penyelidik dari seluruh negara yang akan menghasilkan peningkatan jenama nasional dan menaikkan status kedudukan negara dalam kedudukan global. Pencapaian keseluruhan kontijen Politeknik Malaysia adalah 2 emas, 2 pingat perak dan 2 gangsa, di mana PSAS telah menyumbang 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 gangsa. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pasukan Robotik PSAS terus Gemilang dan berjaya merangkul pelbagai kejuaraan lagi pada masa akan datang. Good Job PSAS Fighter! FIRA ROBOWORLD CUP 2023 Hurocup - Lift & Carry Hurocup - Archery 2 2 2 Hurocup - Basket Ball 9 BULETIN JKE PSAS/2023 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2