Buletin JKE PSAS 2023

BULETIN JKE PSAS/2021 2 BULETIN JKE PSAS/2021 I / 1 L I AS/2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan dalam Buletin Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) 2023, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada JawatanKuasa Sidang Redaksi Buletin 2023. Tanpa komitmen dan kerjasama yang tinggi, sudah tentu buletin ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Sesungguhnya segala usaha untuk menerbitkan buletin ini merupakan langkah yang baik dan perlu diteruskan kerana ia merupakan dokumentasi segala peristiwa dan kenangan untuk dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan dan lakaran kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2023. Saya percaya semuanya adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada semua warga JKE. Oleh itu, sama-samalah kita membulatkan tekad dan berusaha lebih gigih agar JKE PSAS terus melakar kejayaan dan lebih cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata, selamat melayari Buletin JKE 2023. Semoga penerbitan kali ini memberi impak bermanfaat kepada semua warga JKE PSAS. KATA ALUAN KETUA JABATAN

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2