Buletin JKE PSAS 2023

P ROGRAM OU T R E ACH & CONS U L T A T I ON : S T UD E N T P RO J E C T MANAG EME N T & I OT AP P L I CA T I ON 19 JAN 2023 - Consultation ini telah disertai seramai 17 orang pelajar dari Kolej Vokasional Slim River bersama 8 orang guru. Program ini telah disampaikan oleh 4 penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang IoT dan pengurusan projek, iaitu Pn Ruhaida bt Nural Anuar, En Azhar b Ramli, En Ridzman bin Husin@Ibrahim dan Dr. Muhamad Firdaus bin Mohd Zublie. Penganjuran program Outreach & Consultation ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran aplikasi IOT kepada pelajar sekolah sekaligus merapatkan hubungan di antara staf PSAS dan pihak sekolah. Selain itu, program ini juga merupakan sebuah aktiviti konsultasi dari pihak JKE PSAS kepada pihak kolej vokasional dalam membantu pelajar mereka membangunkan dan mengaplikasi IoT dalam Projek Tahun Akhir. Ini juga merupakan satu inisiatif bagi memastikan politeknik berupaya menjalankan peranannya dengan efektif bagi memenuhi keperluan komuniti setempat. BULETIN JKE PSAS/2023 5 31 JAN 2023 - Program ini disertai oleh pelajar tahun 6 SK Methodist. Program tersebut telah dimulakan dengan promosi politeknik daripada Pn Nor Farahwahida Binti Mohd Noor kepada peserta berkenaan program pengajian kejuruteraan yang ditawarkan di politeknik. Seterusnya Pn Ruhaida Binti Nural Anuar telah menyampaikan ceramah bertajuk IoT Application dan diakhiri 2 dengan sesi demonstrasi oleh En Azhar Bin Ramli. Melalui program yang telah dianjurkan ini, Centre of Technology (IoT) JKE PSAS dapat menyalurkan kepakaran dalam bidang aplikasi IoT kepada pelajar di komuniti setempat sekaligus merapatkan hubungan di antara staf PSAS dan pihak sekolah SK Methodist. P ROGRAM OU T R E ACH I OT FOR S CHOOL COMMUN I T Y

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2