Hebahan | Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah Kali Ke-21

 

Assalammualaikum w.b.t. dan salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Azlan Shah bakal melangsungkan Istiadat Konvokesyen kali ke-21 pada 8 hingga 9 Februari 2025 bertempat di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan PSAS kerana telah menamatkan pengajian dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Sultan Azlan Shah dengan berbesar hati menjemput para graduan:
- Sesi I:2023/2024;
- Sesi II:2023/2024; dan
- Sesi Akademik II: 2023/2024

bagi menghadiri istiadat yang bakal dilangsungkan tersebut.

Semakan dan pengesahan kehadiran para graduan boleh dilaksanakan bermula 4 November 2024 sehingga 5 Januari 2025.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Istiadat Konvokesyen, sila layari portal Istiadat Konvokesyen melalui pautan : https://www.psas.edu.my/konvo21/

Tahniah diucapkan kepada para graduan.

Related Articles

Image

Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah ke-21

Kaunter Pelawat

16496