Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran delegasi istimewa dari Guizhou Polytechnic of Construction, Guiyang, China yang akan bersama-sama kita dari 14 hingga 27 April 2025.
Delegasi ini terdiri daripada 8 orang pelajar dan 2 orang pensyarah, dan sepanjang dua minggu ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk mereka.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan termasuklah lawatan ke bengkel dan makmal PSAS, sesi perkongsian ilmu bersama pensyarah dan pelajar kita, lawatan industri ke tapak pembinaan terpilih, serta program pertukaran budaya yang pasti akan meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat.