Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian (HGD)
Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (RekabentukAutomotif) dengan Kepujian yang ditawarkan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah dibangunkan untuk mengisi keperluan tenaga kerja dalam sebahagian ruang lingkup bidang kejuruteraan pembuatan yang sangat luas. Program yang berasaskan Workbase Learning (WBL) ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang rekabentuk automotif dan kejuruteraan pembuatan yang boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry automotif masa kini. Pelajar akan lebih banyak didedahkan dengan pelbagai elemen inovatif melalui silibus dan kurikulum yang lebih memfokuskan kepada proses rekabentuk komponen asas automotif yang seterusnya membawa kepada rekabentuk pembuatan enjin serta rekabentuk badan kenderaan keseluruhannya.
Antara modul pengajian yang ditawarkan di dalam program ini adalah RekaBentuk Automotif, Sistem Automotif, Peraturandan Undang-undang Automotif, Teknologi Hijau Automotif, Analisis Unsur Tak Terhingga dan Sistem Pengurusan Pengeluaran. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka menyahut cabaran dalam pasaran kerja yang sangat mencabar pada masa kini lebih-lebihlagi dalam bidang automotif. Justeru, program ini sangat signifikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang kompeten dan mampu membangunkan rekabentuk yang baru atau menambah baik struktur mesin, enjin, transmisi, atau sistem kenderaan lain yang sedia ada dengan menggunakan teknologi terkini serta dibantu dengan perisian rekabentuk komputer yang terkini.
Tempoh Pengajian – 3 Tahun (PSAS) + 1 Tahun (Industri)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal yang semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme kearah kemajuan kerjaya mereka.
Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek pengkhususan tambahan dalam Bidang Kejuruteraan Automotif. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodinamik, Mekanik Bendalir, Sains Bahan, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal 1, Teknologi Elektrik dan Strength of Material. Kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Automotif, Amalan Bengkel Kejuruteraan Automotif, Automotif Elektrik dan Elektronik, Enjin Pembakaran Dalaman, Vehicle Dynamic, Workshop service Management dan Projek Akhir. Kursus teras pula termasuk dalam program ini ialah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan termasuk Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Komunikasi Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan memberikan pelajar kemahiran interpersonal dan profesionalisme ke arah kerjaya mereka.
Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)
Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )
Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit. Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.
Tempoh Pengajian – 6 semester ( 3 Tahun )