BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

vii. Ambil maklum tarikh yang sepatutnya anda perlu menerima keputusan peperiksaan. Janganlah hanya bersikap menunggu. Nanti anda ketinggalan sementara rakan lain sudah memulakan kuliah pada semester baharu. Rujuk peraturan atau garis panduan yang berkaitan semakan kertas jawapan dan peraturan rayuan masuk semula yang diamalkan. Keputusan peperiksaan viii. Sekiranya anda gagal dalam mana-mana kursus atau diberhentikan pengajian, anda berhak untuk membuat rayuan semakan keputusan peperiksaan atau rayuan masuk semula. Rujuk peraturan atau garis panduan yang berkaitan semakan kertas jawapan dan peraturan rayuan masuk semula yang diamalkan. Hubungilah Penasihat Akademik atau Pegawai Peperiksaan untuk urusan yang berkaitan. Rayuan Fahami dan patuhi kehendak latihan industri institusi. Pelajar hendaklah sentiasa peka terhadap sebarang pemakluman berkaitan Latihan Industri yang dikeluarkan oleh institusi. i. Syarat latihan industri Patuhi takwim/jadual latihan industri yang ditetapkan oleh institusi. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Unit Latihan Industri dan juga Syarikat sepanjang sesi Latihan Industri. ii. Jangkamasa latihan industri Patuhi etika berpakaian dan etika kerja yang digariskan oleh syarikat. Tepati masa dan selesaikan tugas yang diberi. iii. Patuhi etika 1.4 Latihan Industri 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2