BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
2 BAB Kepimpinan 2.1 Mengenali pimpinan institusi Pimpinan institusi termasuklah ahli pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan/unit, ketua-ketua program, pegawai-pegawai, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP/MPP) atau mereka yang telah diamanahkan untuk menerajui kepimpinan dan pentadbiran institusi. Berusaha untuk mengenali mereka dan sentiasa memberi kerjasama dalam mendokong visi dan misi institusi. Etika dan protokol diwujudkan bagi memastikan setiap urusan dapat dijalankan mengikut peraturan dan teratur. Untuk itu, patuhi etika dan protokol yang telah ditetapkan bagi menjaga adab dan kesopanan diri. 2.2 Mematuhi etika dan protokol 2.3 Teladan yang baik Sebagai pemimpin, anda adalah contoh teladan kepada mereka yang dipimpin. Pemimpin yang baik seharusnya menunjukkan contoh sosial dan akademik yang baik agar boleh dijadikan teladan dan ikutan oleh mereka yang dipimpin. 2.4 Menjaga tutur kata Tutur kata adalah cerminan keperibadian manusia. Tutur kata yang sopan, lemah lembut dan bijaksana yang bersesuaian mengikut masa, tempat dan keadaan sangat perlu bagi seseorang pemimpin. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang menggunakan tutur kata yang baik, bahasa yang sesuai serta nada yang sopan. 9
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2