BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
2.5 Berfikiran terbuka Seorang pemimpin pastinya sentiasa diuji dengan pelbagai masalah. Sabar dalam setiap tindakan dan sentiasa berfikiran positif dalam menangani isu-isu dan permasalahan. Kepentingan individu tidak boleh diutamakan malah keadilan dan kebenaran haruslah diutamakan. Elakkan mengganggu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak lain. Sebagai pemimpin, anda seharusnya membantu mereka melaksanakan pelbagai aktiviti yang berfaedah. 2.7 Tidak mengganggu aktiviti lain 2.8 Penampilan diri yang kemas Sebagai pemimpin, anda haruslah mempunyai personaliti yang menarik, berketerampilan, kemas, bersih serta selesa untuk didekati. Oleh yang demikian, jagalah penampilan diri anda. 2.9 Menjaga Amanah Setiap manusia adalah khalifah (pemimpin) di atas muka bumi. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan dengan amanah sama ada kecil atau besar. Perbuatan pecah amanah sangat terkutuk dan akan menjatuhkan martabat seseorang pemimpin. 2.6 Mendengar dan menghormati pandangan orang lain Komunikasi yang baik antara pemimpin dengan orang yang dipimpin adalah komunikasi yang bersifat dua hala. Selain memberi pandangan, pemimpin yang baik harus terbuka untuk mendengar pandangan orang lain. Keputusan yang baik dapat dicapai dengan mendengar pandangan semua pihak. 10
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2