BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
1 BAB Pendaftaran 1.1 Pelajar Baharu 1.1.1 Syarat Pendaftaran Pelajar Baharu: Pendaftaran pelajar baharu adalah berdasarkan Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu yang dikeluarkan oleh institusi; Pelajar wajib menerima surat tawaran; Pelajar wajib membayar yuran dan bayaran mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan oleh institusi; Pelajar telah membuat pendaftaran pengajian secara dalam talian ( online ) mengikut tempoh yang ditetapkan oleh institusi; Semua pelajar baharu diwajibkan mengikuti Aktiviti Suai Kenal yang telah ditetapkan oleh institusi; Pelajar melapor diri di kampus mengikut tarikh yang ditetapkan oleh institusi; Semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus di jabatan/unit akademik; Menghadiri kuliah rasmi pada tarikh dan jadual yang ditetapkan oleh institusi; dan Sekiranya terdapat percanggahan atau kesahihan maklumat dalam borang dan dokumen asal yang dikemukakan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berhak menarik balik tawaran atau memberhentikan pengajian pelajar pada bila-bila masa. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. 16
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2