BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

1.2 Pelajar Senior 1.2.1 Lapor Diri Lapor diri pelajar senior adalah berdasarkan surat dan panduan lapor diri pelajar senior yang dikeluarkan oleh institusi. Memenuhi semua syarat-syarat berikut: Melibatkan pelajar semasa yang layak meneruskan pengajian pada semester berikutnya berdasarkan keputusan penilaian akhir semester; Telah menjelaskan yuran dan bayaran mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan oleh institusi; Pelajar telah membuat pendaftaran pengajian secara dalam talian ( online ) atau bersemuka mengikut tempoh yang ditetapkan oleh institusi; dan a. b. c. Semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus di jabatan/unit akademik. d. i. ii. 1.2.2 Lapor Diri Lewat Pelajar senior yang melapor diri selepas tarikh yang ditetapkan perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan Akademik/Timbalan Pengarah/Timbalan Pengarah Akademik terlebih dahulu dan merujuk kepada panduan lapor diri yang dikeluarkan oleh institusi. i. Makluman awal akan dibuat kepada pelajar sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula dan maklumat tersebut boleh dicapai di laman sesawang institusi selepas keputusan peperiksaan diumumkan ataupun melalui Penasihat Akademik masing-masing. 1.3 Makluman Tarikh Pendaftaran 17

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2