BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
4.2 Kehadiran Ke Kuliah / Bengkel / Makmal 4.2.1 Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah, bengkel, makmal atau sebarang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan kursus pengajiannya. Kewajipan pelajar adalah seperti di bawah: Kehadiran tidak kurang 80% (kaedah pengiraan merujuk persamaan dibawah; i. Berada dalam bilik kuliah/bengkel/makmal mengikut jadual yang ditetapkan; ii. Mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah atau Wakil Kuasanya sekiranya tidak hadir; iii. Memberi alasan bertulis yang munasabah (contoh: sijil cuti sakit/ permohonan menunaikan umrah) untuk mendapat kelulusan ketidakhadiran daripada pihak institusi sekiranya perkara 4.3.1 (iii) tidak diperolehi terlebih dahulu. iv. Lain-lain peraturan yang berkaitan adalah mengikut prosedur institusi masing-masing. v. Pada asasnya, pelajar TIDAK dibenarkan membuat pertukaran tempat pengajian. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberi ke atas kes-kes khas dan kritikal seperti masalah kesihatan dan keselamatan diri pelajar. 4.3.1 Pelajar yang memohon pertukaran hanya dibenarkan bertukar pada semester berikutnya. 4.3.2 Tempoh permohonan pertukaran tempat pengajian adalah dari minggu kelapan hingga minggu kedua belas sesi perkuliahan. 4.3.3 Pelajar yang ingin memohon pertukaran tempat pengajian perlu mengisi Borang Permohonan Pertukaran Tempat Pengajian dan menyertakan dokumen sokongan serta merujuk Penasihat Akademik dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar. 4.3.4 4.3 Pertukaran Tempat Pengajian 23
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2