BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

4.4 Pertukaran Program 4.4.1 Permohonan yang diterima dalam tempoh satu bulan sesi pengajian semasa bermula akan diproses pada sesi semasa. 4.4.2 Permohonan yang diterima selepas tempoh yang dinyatakan di perkara 4.4.1, akan dipertimbangkan untuk semester berikutnya. 4.4.3 Pelajar akan menerima nombor pendaftaran yang baharu mengikut sesi ambilan semasa. 4.4.4 Pelajar yang ingin memohon pertukaran program perlu mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program dan menyertakan dokumen sokongan dan merujuk Penasihat Akademik dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar. 4.5 Tangguh Pengajian 4.5.1 Tangguh Pengajian adalah status semester yang boleh diberi dengan persetujuan institusi dan penaja (sekiranya berkaitan) atas sebab-sebab tertentu. 4.5.2 Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian untuk sesi semasa sahaja kecuali kes kesihatan dan dibuktikan dengan akuan doktor. 4.5.3 Keputusan penangguhan pengajian yang diluluskan oleh Pengarah tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian (rujuk Arahan-Arahan Peperiksaan yang sedang berkuatkuasa) termasuk bagi kes-kes pelajar atlet sukan yang mewakili negeri dan negara. 4.5.4 Pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian perlu mengisi borang permohonan penangguhan pengajian dan menyertakan dokumen sokongan (surat rayuan pelajar/ibu/bapa/penjaga atau laporan kesihatan) dan merujuk Penasihat Akademik dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar. 24

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2