BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
9.2 Bahan-Bahan Larangan dan Judi 9.2.1 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau mengedar atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun, cecair nikotin atau minuman keras. Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus. 9.2.2 Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk sebarang tujuan. 9.2.3 Pelajar TIDAK dibenarkan mengguna, memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan, atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya atau terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun. 9.2.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau cuba memiliki peralatan, yang berkait dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun. 9.2.5 Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus. 9.2.6 Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus. 9.2.7 Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti songsang dan tidak bermoral di dalam atau di luar kampus. 9.2.8 9.3 Gangguan Ketenteraman 9.3.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan semasa di dalam kampus dan di luar kampus termaktub kepada peraturan semasa lokaliti. 35
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2