BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Pelajar TIDAK dibenarkan menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara, menghasut atau cubaan menghasut pelajar- pelajar institusi sama ada secara fizikal atau secara dalam talian ( online ) yang memudarat nama baik institusi. 9.3.2 Pelajar boleh menyuarakan sebarang cadangan dan aduan melalui saluran tertentu seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)/Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti cadangan. 9.3.3 9.4 Penceramah Luar 9.4.1 Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Kebenaran ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. 9.4.2 Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah berkaitan topik dan kandungan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Institusi berhak menolak mana-mana permohonan pelajar atas budi bicara Pengarah. 9.4.3 Institusi berhak untuk membatalkan program yang sedang berlangsung andai berlaku pelanggaran pada perkara 9.4.2. 9.5 Larangan Merokok dan Kawalan Tembakau 9.5.1 Pelajar DILARANG merokok atau menggunakan bahan tembakau atau rokok elektronik / vape di mana-mana kawasan kampus. Larangan ini turut terpakai bagi aktiviti mengedar atau memiliki atau memberi barangan tersebut atau yang seumpama dengannya selaras dengan Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004]. 9.5.2 Senarai Kawasan Larangan Merokok yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi. 36
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2