BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
10.2 Tatatertib Am Kamsis/Asrama/Kolej Kediaman 10.2.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis/asrama /kolej kediaman dengan segera. Penghuni hendaklah berkelakuan baik dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis/asrama/kolej kediaman. Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik TIDAK boleh diubah kedudukannya atau diubah suai. 10.2.2 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kamsis/asrama/kolej kediaman. Tetamu, pelawat atau pelajar lain TIDAK dibenarkan menginap di kamsis/asrama/ kolej kediaman. 10.2.3 10.2.4 Kebersihan bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuninya. Penghuni mesti menggunakan cadar dan sarung bantal yang dibawa sendiri. Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuni. Pelaku vandalisme akan dikenakan tindakan tatatertib. 10.2.5 10.2.6 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab penghuni tersebut. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan. 10.2.7 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok kamsis/asrama/kolej kediaman. Penghuni TIDAK dibenarkan menukar bilik tanpa kelulusan pihak pengurusan kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.2.8 10.2.9 Sebarang bentuk aktiviti buli TIDAK dibenarkan. Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata/peralatan atau bahan berbahaya ke dalam kamsis/ asrama/kolej kediaman. 10.2.10 10.2.11 38
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2