BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Semua penghuni mestilah membenarkan mana-mana pegawai, kakitangan atau wakil institusi untuk memasuki bilik bagi menjalankan tugas-tugas yang diarahkan. Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kamsis/asrama/ kolej kediaman perempuan atau sebaliknya. 10.2.12 10.2.13 Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa. 10.2.14 Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni sahaja yang boleh berada di dalam kawasan/bilik. 10.2.15 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola sebarang perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kams/asrama/kolej kediaman kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah atau Wakil Kuasanya. 10.2.16 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kediaman hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak pengurusan kamsis/asrama/kolej kediaman terlebih dahulu. 10.2.17 Sebarang bentuk pendawaian elektrik secara tidak sah di dalam kamsis/asrama/kolej kediaman adalah DILARANG . 10.2.18 Penyalahgunaan peralatan seperti alat pemadam api di kamsis/asrama/kolej kediaman adalah DILARANG . 10.2.19 Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. 10.2.20 Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.2.21 Kenderaan perkhidmatan penghantaran makanan dan pengangkutan awam ( e-hailing ) TIDAK dibenarkan masuk/ berada dalam kawasan kampus. 10.2.22 Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan institusi. 10.2.23 39
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2