BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

10.3 Peraturan Mengosongkan Bilik Kamsis/ Asrama/Kolej Kediaman 10.3.1 Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila diarahkan oleh pihak institusi. Penghuni hendaklah membersihkan bilik sebelum keluar. Sebarang peralatan atau barang-barang yang ditinggalkan dianggap tidak lagi diperlukan. Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke Pejabat Penyelia kamsis/asrama/kolej kediaman sejurus selepas bilik dikosongkan. 10.3.2 Penghuni bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kerosakan, kekotoran atau kehilangan peralatan serta kemudahan di dalam bilik. 10.3.3 10.3.5 Kegagalan penghuni mematuhi peraturan perkara 10.3.1 hingga 10.3.5 akan dikenakan tindakan yang ditetapkan oleh pihak institusi. 10.3.6 Penghuni hendaklah memastikan suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu sebelum meninggalkan bilik ditutup sebelum keluar. 10.3.4 10.4 Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu dan Cuti. 10.4.1 Semua penghuni yang keluar dari kawasan kampus atas urusan harian dikehendaki masuk semula ke kamsis/asrama/kolej kediaman pada hari yang sama dan waktu yang telah ditetapkan oleh institusi kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Pengarah atau Wakil Kuasanya. Setiap penghuni hendaklah melapor diri di Pondok Pengawal ketika keluar dan masuk ke kamsis/asrama/kolej kediaman. Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan bermalam di luar kamsis/asrama/kolej kediaman kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah atau Wakil Kuasanya. Penghuni PERLU merekod maklumat keluar dan masuk di Pondok Pengawal. 10.4.2 40

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2