BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Kad Pelajar atau Kad Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman perlu dibawa bersama penghuni sewaktu keluar dan masuk melalui Pondok Pengawal. 10.4.3 Sekiranya penghuni yang bermalam di luar kampus pada hujung minggu, cuti umum atau cuti semester, penghuni dikehendaki masuk semula ke kamsis/asrama/kolej kediaman pada waktu yang telah ditetapkan oleh institusi kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Pengarah atau Wakil Kuasanya. 10.4.4 10.5 Peraturan Menerima Pelawat 10.5.1 Pertemuan penghuni dengan pelawat perlu dilakukan di tempat yang ditetapkan Pengarah atau Wakil Kuasanya. Pelawat dikehendaki mengambil pas pelawat di Pondok Pengawal Keselamatan. 10.5.2 Waktu melawat adalah merujuk kepada ketetapan di institusi. 10.5.3 10.6 Larangan Memasak dan Kawalan Makanan 10.6.1 Penghuni DILARANG memasak di dalam bilik atau di kawasan kamsis/asrama/kolej kediaman. Penghuni DILARANG menggunakan pemanas air, periuk nasi elektrik atau sebarang peralatan memasak di dalam kawasan kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.6.2 Hanya makanan yang HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.6.3 Penghuni digalakkan membeli makanan di kafeteria yang berada di dalam kampus. 10.6.4 41
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2