BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

10.7 Peraturan Pakaian 10.7.1 Setiap penghuni hendaklah berpakaian harian mengikut kesesuaian dan tempat keberadaan. Pakaian yang mencolok mata TIDAK dibenarkan. Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat- tempat lain melainkan pada ampaian yang disediakan. 10.7.2 Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat demikian di bilik yang telah dikhaskan. 10.7.3 10.9 Iklan, Notis, Makluman, Risalah dan Lain-Lain 10.9.1 Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya di papan notis yang disediakan sahaja. Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat tempoh pemberitahuan. 10.9.2 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku kecuali alat penyangkut gambar yang tidak merosakkan dinding. 10.9.3 Penghuni DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian bangunan kamsis/asrama/kolej kediaman dengan apa cara sekali pun. 10.9.4 10.8 Larangan Memelihara Binatang 10.8.1 Penghuni DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam bilik atau kawasan kamsis/asrama/ kolej kediaman. 10.10 Keselamatan Harta Benda 10.10.1 Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci. 10.10.2 Penghuni TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan berharga di dalam bilik. 42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2