BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

10.10.3 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri, pihak institusi tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami. 10.10.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden. 10.11 Larangan Berniaga Di Bilik Kamsis/Asrama /Kolej Kediaman 10.11.1 Penghuni TIDAK dibenarkan berniaga di mana-mana kawasan kamsis/asrama/kolej kediaman kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya. 10.12 Keselamatan, Kebakaran dan Bantuan Kecemasan 10.12.1 Peralatan atau bahan-bahan yang menjadi punca kebakaran seperti pemetik api, alat pemanas air, lingkaran ubat nyamuk, pelita, lilin, colok, mercun atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku TIDAK dibenarkan. 10.12.2 Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan pantas dan berkumpul di tempat yang ditetapkan. 10.12.3 Sekiranya penghuni sakit atau berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu memaklumkan segera kepada wakil pelajar, warden, pegawai, kakitangan atau pengawal keselamatan. 10.12.4 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa- apa jenis ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada wakil pelajar, warden, pegawai, kakitangan atau pengawal keselamatan. 43

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2