BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

10.13 Lalulintas Di Kawasan Kamsis/Asrama /Kolej Kediaman 10.13.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membawa kenderaan ke kamsis/ asrama/kolej kediaman. 10.13.2 Pelajar bukan penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan membawa/meletakkan kenderaan di kawasan kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.14 Tempat-Tempat Kemudahan atau Fasiliti 10.14.1 Penghuni hendaklah menggunakan semua kemudahan dengan cermat dan bertanggungjawab. 10.14.2 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik air, laluan pejalan kaki, bilik membasuh, tangga atau apa- apa sahaja kemudahan yang disediakan. 10.14.3 Penghuni perlu bertimbang rasa dan bertoleransi ketika menggunakan kemudahan atau peralatan. 10.15 Surat, Surat Berdaftar dan Bungkusan 10.15.1 Lokasi pengumpulan/ambilan surat, surat berdaftar dan bungkusan ditetapkan oleh institusi. 10.16 Bilik Mandi dan Bilik Cucian Pakaian 10.16.1 Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik mandi dan bilik cucian pakaian. 10.16.2 Penghuni PERLU menggunakan bekalan air dan elektrik secara berhemah. Segala kerosakan kemudahan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kamsis/ asrama/kolej kediaman. 10.16.3 Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan membuang sampah atau sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. 44

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2