BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
10.17 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Taklimat, Kuliah dan Ceramah 10.17.1 Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian dalam perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh institusi. 10.17.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di kamsis/asrama/kolej kediaman dan persekitarannya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah atau Wakil Kuasanya terlebih dahulu. 10.17.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di kamsis/asrama/kolej kediaman atau persekitarannya tanpa kebenaran TIDAK dibenarkan. 10.17.4 Sebarang bentuk ceramah atau apa jua kegiatan yang melibatkan pegawai, kakitangan institusi atau orang luar mestilah mendapat kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. 10.17.5 Sebarang perlakuan pelajar yang boleh mencemarkan nama baik institusi adalah DILARANG. 10.17.6 Penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan bergiat, melibatkan diri atau memberi sokongan kepada mana-mana persatuan, pertubuhan dan kumpulan haram. 10.17.7 Perhimpunan atau berdua-duaan di antara penghuni lelaki dan perempuan atau penglibatan orang luar dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan di mana- mana kawasan kampus adalah DILARANG. 45
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2