BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

10.18 Kawasan Larangan 10.18.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan kepada pelajar atau pelawat lelaki dan sebaliknya. 10.18.2 Sebarang bentuk perbincangan yang berkaitan akademik atau aktiviti ko-kurikulum di antara pelajar lelaki dan perempuan secara berkumpulan perlu dibuat dalam keadaan yang sopan di kafetaria atau mana-mana tempat yang disediakan sahaja dan perlu mematuhi waktu yang ditetapkan oleh pengurusan kamsis/asrama/kolej kediaman. 10.18.3 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan masuk ke bilik warden dan penyelia kolej kediaman atas urusan rasmi sahaja. 10.18.4 Pelajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan bumbung kamsis/asrama/kolej kediaman, masuk ke dalam mana- mana bilik pengagihan elektrik, mana-mana bilik yang diisytihar atau ditanda sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran. 10.18.5 Kawasan pentadbiran dan bangunan akademik adalah kawasan larangan mulai jam 7.00 malam kecuali dengan kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. 10.18.6 Kawasan kafetaria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilik-bilik penginapan kakitangan kafetaria adalah kawasan larangan bagi semua pelajar. 46

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2