BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
10.19 Aktiviti Keagamaan atau Kerohanian 10.19.1 Semua pelajar Muslim dituntut menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid/surau/Pusat Islam institusi setiap waktu. 10.19.2 Bagi tujuan pulang ke rumah kediaman pada hari Jumaat, semua pelajar lelaki Muslim DIWAJIBKAN menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu. 10.19.3 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat Terawih secara berjemaah di masjid/surau/Pusat Islam institusi. 10.19.4 Sekiranya terdapat aktiviti yang berlangsung di masjid/ surau/Pusat Islam, pelajar DIWAJIBKAN untuk hadir. 10.20 Riadah/Sukan/Rekreasi 10.20.1 Semua kegiatan riadah/sukan/rekreasi hendaklah berakhir 30 minit sebelum masuk waktu solat Maghrib. 10.20.2 Pakaian pada waktu riadah/sukan/rekreasi hendaklah bersesuaian dan TIDAK mencolok mata. 10.20.3 Aktiviti riadah/sukan/rekreasi hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. 10.21 Peraturan Pelajar Yang Tinggal Di Luar Kampus 10.21.1 Pelajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am yang berkuatkuasa sepanjang tempoh pengajian/kursus/latihan di institusi. 10.21.2 Urusan perjanjian sewa rumah (bayaran dan kondisi rumah) adalah di antara penghuni dengan penyewa. Institusi TIDAK bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 10.21.3 Pelajar yang menetap atau menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling rumahnya. 47
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2