BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

12 BAB Panduan Penggunaan Kenderaan dan Peraturan Lalu Lintas 12.1 Kenderaan Rasmi Institusi 12.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan institusi bagi tujuan rasmi dengan membuat permohonan mengikut prosedur yang sedang berkuatkuasa di institusi atau merujuk kepada pegawai penyelaras. Pelajar perlu memastikan kebersihan dan kemudahan yang terdapat dalam kenderaan dalam keadaan baik serta menjaga disiplin dan tingkah laku. 12.1.2 Pelajar haruslah bertanggungjawab dengan barang peribadi yang dibawa bersama sepanjang menggunakan kenderaan rasmi. 12.1.3 Pelajar boleh mengemukakan aduan berkenaan pengendalian kenderaan rasmi institusi melalui e-aduan atau peti aduan pelanggan yang telah disediakan oleh pihak institusi. 12.1.4 12.2 Kenderaan Persendirian Pelajar 12.2.1 Pelajar yang membawa kenderaan persendirian WAJIB memiliki lesen memandu yang sah. Kenderaan persendirian bermotor (kereta dan motorsikal) boleh digunakan di dalam kampus setelah berdaftar dengan pengurusan Hal Ehwal Pelajar institusi. 12.2.2 Semua kenderaan persendirian bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus WAJIB mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh institusi. 12.2.3 52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2