BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

12.2.4 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan untuk pelajar di dalam kampus dengan teratur. Pelajar TIDAK dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pegawai/kakitangan institusi. Pihak institusi tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang rosak atau hilang, atau kehilangan kelengkapan kenderaan seperti topi keledar dan cermin sisi di dalam kawasan kampus. 12.2.5 Pelajar yang merupakan penghuni kamsis/asrama/kolej kediaman TIDAK dibenarkan untuk membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran. 12.2.6 12.3 Prosedur Pendaftaran Kenderaan Pelajar 12.3.1 Borang pendaftaran kenderaan perlu dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar/Pegawai Pembangunan Pelajar bersama dokumen asal dan salinan seperti di bawah: Kad pelajar; i. Lesen memandu kenderaan; ii. Salinan cukai jalan kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan; iii. Polisi insurans kenderaan; dan iv. Surat kebenaran ibu/bapa/penjaga/pemilik kenderaan untuk menggunakan kenderaan. v. 12.4 Peraturan Membawa Kenderaan Di Dalam Kampus 12.4.1 Borang pendaftaran kenderaan hendaklah diperbaharui oleh pelajar pada tempoh masa yang ditetapkan. Pelajar hendaklah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh institusi di bahagian hadapan sebelah kiri kenderaan. 12.4.2 Pelajar hendaklah mempamerkan pelekat “L” atau “P” (jika berkaitan) mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 12.4.3 53

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2