BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

BAB Pelanggaran Kaedah Tatatertib Pelajar, Akta 174 13 13.1 Hukuman 13.1.1 Pelajar yang didapati bersalah di bawah Kaedah 6 (Pemakaian dan Penampilan Diri), Kaedah 21 (Kebersihan Dalam Kampus), Kaedah 22 (Membuat Bunyi Bising Yang Menggangu), Kaedah 23 (Tempat Tinggal atau Tempat Tidur di Kampus) dan Kaedah 25 (Kad Pelajar) boleh dikenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda mengikut Kaedah 26A, Akta 174. (Rujuk Appendix II) Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan lalu lintas dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya boleh dikenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda mengikut Kaedah 47(1), Akta 174. (Rujuk Appendix III) 13.1.2 Hukuman bagi pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan hukuman amaran, denda terus, digantung pengajian, halangan menduduki peperiksaan dan/atau pembuangan daripada institusi. (Rujuk Appendix IV) 13.1.3 Pelajar yang melanggar mana-mana kesalahan tatatertib yang tidak boleh didenda terus boleh dikenakan tindakan prosiding. 13.1.4 13.2 Pembayaran Denda 13.2.1 Pembayaran denda hendaklah dibuat di Bahagian Kewangan institusi dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis denda terus dikeluarkan. 13.2.2 Resit pembayaran denda perlu dikemukakan oleh pelajar kepada Unit/Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh 3 hari daripada tarikh pembayaran denda terus untuk tujuan rekod. 55

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2