BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

13.3 Kesalahan–Kesalahan Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan/ Pembuangan Pelajar Daripada Institusi 13.3.1 Mencemar nama baik institusi, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar kampus dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun media elektronik. Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di institusi. 13.3.2 Merosakkan harta benda milik institusi, kerajaan, awam atau orang perseorangan. 13.3.3 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar (yang telah diarahkan) institusi daripada menjalankan tugasnya yang sah. 13.3.4 13.3.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus. Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburukkan institusi atau pihak lain. 13.3.6 Menjalankan perniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah. 13.3.7 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis berkenaan institusi kepada pihak luar, kakitangan atau pelajar institusi tanpa kebenaran Pengarah. 13.3.8 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan institusi tanpa melalui saluran yang ditetapkan. 13.3.9 Terlibat dengan aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri secara fizikal atau dalam talian. 13.3.10 56

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2