BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
13.3.11 Meminum, mengedar, menyimpan atau memproses minuman keras dan bahan kimia yang memabukkan atau mengkhayalkan. Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil. 13.3.12 Menonton, memiliki, mendengar, menghasilkan, menampal, mengedar atau terlibat dengan bahan-bahan/perkara lucah. 13.3.13 Memberi atau menyebar maklumat palsu. 13.3.14 13.3.15 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pegawai atau kakitangan institusi yang diberi kuasa. Memalsukan surat, sijil, sijil sakit, tanda tangan atau cop rasmi pihak berkuasa atau pihak lain yang terlibat dengan institusi. 13.3.16 Melakukan ugutan atau perbuatan membuli pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar kampus. 13.3.17 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar institusi atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. 13.3.18 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kampus. 13.3.19 Berkelakuan sumbang, bersekedudukan, tidak sopan atau membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kampus. 13.3.20 13.3.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut, atau menculik. 13.3.22 Memiliki, menyimpan, mengedar, menjual dan atau mempamer senjata berbahaya. 13.3.23 Terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti memasukkan ke dalam tubuh badan, mengedar, menyimpan dan/atau menjual. 13.3.24 57
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2