BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
LARANGAN KEPADA PELAJAR MENURUT AKTA 174, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 Seseorang pelajar TIDAK boleh: a. Berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, yang boleh mencemarkan nama baik institusi, pegawai, kakitangan, pelajar atau pekerja institusi; APPENDIX I CARIAN PANTAS KAEDAH 3 – LARANGAN AM b. Melanggar peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar kampus; c. Mengganggu perjalanan kuliah, aktiviti atau program yang dianjurkan oleh institusi sehingga kuliah, aktiviti atau program tergendala; d. Menghalang perlaksanaan tugas mana-mana kakitangan institusi dengan apa cara sekalipun; e. Menghalang mana-mana pelajar institusi daripada menghadiri kuliah, tutorial atau sebarang program atau aktiviti yang sah; f. Memboikot/memulaukan mana-mana peperiksaan, kuliah, tutorial dan semua program anjuran institusi; g. Merosakkan harta benda institusi (vandalisme) dengan apa cara sekalipun; h. Mengalihkan sesuatu objek atau harta dengan tujuan menghalang atau menimbulkan kesusahan dan mudarat kepada mana-mana pihak; i. Melanggar peraturan atau arahan mana-mana pegawai perpustakaan mengenai penggunaan dan kemudahan perpustakaan, buku dan lain- lain di dalamnya; j. Membawa masuk atau membawa keluar apa-apa dokumen bercetak yang tidak dibenarkan ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan; dan k. Berhubung dengan mana-mana pelajar semasa peperiksaan dijalankan dengan apa-apa cara sekalipun. 59 LAMPIRAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2