BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Setiap pelajar wajib menghadiri kuliah kecuali mendapat kebenaran untuk tidak menghadirinya atau jika keadaannya tidak mengizinkan. KAEDAH 4 – LARANGAN AM Setiap pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran lain kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Jabatan Akademik untuk tidak menghadirinya atau jika keadaannya tidak mengizinkan. KAEDAH 5 – LATIHAN AMALI Seseorang pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau di luar kampus. KAEDAH 6 – PEMAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI Setiap pelajar wajib menduduki peperiksaan kecuali mendapat kebenaran Pengarah untuk tidak mendudukinya atau jika keadaannya tidak mengizinkan. KAEDAH 7 - PEPERIKSAAN Seorang pelajar tidak boleh menerbit atau mengedar teks kuliah sama ada untuk mendapatkan bayaran atau sebaliknya. KAEDAH 8 – SEKATAN MENGENAI TEKS KULIAH Pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. KAEDAH 8A – LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME Pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar tidak dibenarkan menjalankan perhimpunan kecuali mendapat kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. KAEDAH 9 – MENGANJUR PERHIMPUNAN Pelajar, pertubuhan atau kumpulan pelajar tidak boleh memiliki atau menggunakan pembesar suara, kecuali mendapat kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya. KAEDAH 10 – PENGUNAAN PEMBESAR SUARA 60
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2