BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

BIL KAEDAH KETERANGAN 6 KAEDAH 41 MENGGUNAKAN RUANG LETAK KERETA YANG DIUNTUKKAN Pelajar DILARANG meletak kenderaan dalam ruang letak kenderaan yang telah diperuntukkan untuk kenderaan tertentu. 7 KAEDAH 42 MEMBONCENG (1) Pelajar DILARANG membawa pembonceng lebih dari seorang. (2) Pelajar DILARANG membawa pembonceng sekiranya tempat duduk dibelakang pemandu tidak dipasang dengan sempurna (telah diubahsuai) (3) Pelajar TIDAK boleh membenarkan/merelakan dirinya dibawa jika melanggar Kaedah (1) dan (2) 8 KAEDAH 43 ARAHAN DAN TANDA LALU LINTAS HENDAKLAH DIPATUHI Pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas dan semua tanda lalu lintas. 9 KAEDAH 44 MENGEMUKAKAN LESEN MEMANDU DAN KAD PELAJAR APABILA DIMINTA Pelajar yang membawa, menjaga atau mengawal sesuatu kenderaan didalam kampus hendaklah mengemukakan lesen memandu dan kad pelajar sekiranya diminta berbuat demikian. 10 KAEDAH 45 MENGHALANG PERJALANAN LALU LINTAS Pelajar DILARANG menghalang/mengganggu kelancaran lalu lintas dalam kampus 11 KAEDAH 46 PEMAKAIAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DALAM KAMPUS Pelajar perlu mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 sepanjang berada di kampus NOTIS DENDA TERUS KEPADA PELAJAR MENURUT AKTA 174 APPENDIX III 64

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2