BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR

HUKUMAN TATATERTIB (PERBICARAAN) KEPADA PELAJAR MENURUT AKTA 174 APPENDIX IV Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman itu disatukan sekali: KAEDAH 48 - HUKUMAN TATATERTIB (PERBICARAAN) i. Amaran; ii. Denda tidak lebih daripada LIMA RATUS RINGGIT (RM 500.00) ; iii. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan- kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan; iv. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan; v. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan Institusi; vi. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan; vii. Pembuangan daripada Institusi oleh pihak berkuasa tatatertib. Seseorang pelajar yang didapati melakukan kesalahan tatatertib dikehendaki hadir untuk perbicaraan pada tarikh, masa dan tempatyang telah ditetapkan secara bertulis oleh pihak Jawatankuasa Tatatertib. KAEDAH 49 – HADIR DI HADAPAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB Seseorang pelajar yang tidak hadir dihadapan pihak berkuasa tatatertib akan digantung daripada menjadi pelajar institusi sehingga pelajar itu bersetuju untuk hadir di hadapan pihak Jawatankuasa Tatatertib. KAEDAH 50 – AKIBAT KETIDAKHADIRAN DI HADAPAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB Pelajar hendaklah membayar bayaran pampasan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tatatertib kepada institusi atau orang lain berdasarkan tempoh yang telah ditentukan kepada Unit Kewangan institusi. KAEDAH 65 - PERINTAH BAYARAN PAMPASAN KAEDAH 67 - RAYUAN Pelajar boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan bertulis dikeluarkan oleh pihak berkuasa tatatertib melalui Pengarah kepada Menteri. 65

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2