COMPLETE BULETIN_compressed
Program CSR TVET Politeknik Kasih di laksanakan tertumpu pada Felda Gunung Besout 3 iaitu melibatkan seramai 150 orang sukarelawan. Jesteru itu bagi merealisasikan hasrat ini, satu program kesukarelawan perdana akan dilaksanakan di Felda Gunung Besout. Ini bertujuan supaya pelajar PSAS akan mendapat satu semangat kesukarelawanan dalam diri agar apabila ada program sukarelawan diadakan mereka akan tampil memberi sokongan yang padu dalam menjayakan program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan laluan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan Besout 3 oleh sukarelawan JKA yang juga telah menghasilkan hiasan berbentuk Angsa yang diperbuat daripada tayar dan meja. Mengadakan kursus asas kimpalan dan membaikpulih perabot sekolah oleh sukarelawan JKM. Sukarelawan daripada JP pula telah mengadakan gotong - royong dan konsultansi susunatur kedai, asas simpankira, pengurusan perniagaan dan pemasaran di sebuah kedai milik peneroka Felda Gunung Besout 3 dan mengadakan kursus Digital Entrepreneur untuk Belia Felda Gunung Besout 3. Selain itu, sukarelawan daripada JMSK, JPA dan JKE masing telah mengadakan aktiviti permainan dan pameran kesihatan serta kursus pertolongan cemas bersama kanak - kanak yang terdiri dikalangan anak - anak penduduk Felda Gunung Besout 3. Suhana Binti Ramli Jabatan Matematik, Sains dan Komputer suhana @ psas.edu.my PROGRAM CSR TVET POLITEKNIK KASIH 2019 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2