COMPLETE BULETIN_compressed
OBJEKTIF PROGRAM Objektif pelaksanaan program csr tvet Politeknik Kasih adalah untuk menarik minat sukarelawan Yes!Politeknik di Politeknik Sultan Azlan Shah khususunya untuk menyumbang tenaga dalam menjalankan kerja-kerja sukarelawan bersama komuniti setempat. Felda Gunung Besout. Selain itu, program ini adalah untuk membangunkan kesemua kluster yang telah di tetapkan oleh unit Yes!Politeknik Malaysia iaitu menyebarluaskan pembangunan pendidikan, kesihatan, keusahawanan dan kerohanian. Mengadakan operasi khidmat masyarakat menyampaikan dan memindahkan teknologi semasa serta mengadakan pembangunan kelestarian alam RUMUSAN Sedikit sebanyak program Gotong- royong Perdana ini telah menaikkan keceriaan dan kebersihan jabatan- jabatan yang terlibat di dalam Politeknik Sultan Azlan Shah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang dan daripada program ini juga boleh meningkatkan nilai tambah kepada pelajar dalam mengaplikasi teori yang telah diajar di dalam kelas kepada realiti kehidupan. Selain itu, sukarelawan yang terlibat di dalam program ini dapat meningkatkan kemahiran kejuruteraan dan memupuk semangat bantu-membantu dalam komuniti dan masyarakat amnya. Semangat untuk menjaga dan mencantikkan kawasan pembelajaran di dalam politeknik juga dapat di semai di setiap pelajar dan warga PSAS 6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2