COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2019 SUHANA BINTI RAMLI JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER suhana@psas.edu.my 11 MAC 2019, P etang Isnin, telah berlaku satu bencana alam yang tidak dijangka di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), mengakibatkan kerosakan bangunan dan prasarana PSAS dengan teruk. Sebanyak 90 pokok dalam kawasan PSAS telah tumbang dan seramai 100 orang pelajar telah kehilangan bilik tempat mereka menginap apabila bangunan asrama yang diduduki merupakan salah satu bangunan yang terkesan oleh bencana tersebut. Buat masa ini, projek penyelenggaraan sedang giat dilaksanakan bagi memulihkan kembali keadaan bangunan yang rosak agar kehidupan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan sempurna. Pelaksanaan Gotong Royong Perdana ini akan melibatkan semua warga PSAS dan pelajar semester satu yang akan dilaksanakan pada minggu pertama Sesi Jun 2019 iaitu pada 26 hingga 27 Jun 2019. Melalui program ini kita akan menjalankan beberapa aktiviti iaitu bermula dengan upacara perasmian dan senam robik bagi memupuk nilai aspek kesihatan kepada pelajar. Setelah selesai pelajar akan dipecahkan beberapa kumpulan mengikut kelas masing masing. Aktiviti yang akan dijalankan ialah pemurnian Gazebo, pemurnian lanskap, penanaman pokok, mengecat besi laluan koridor, mengecat pembahagi jalan dan pakir. Figure 1 Pemurnian Lanskap di hadapan pintu masuk PSAS 10
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2