COMPLETE BULETIN_compressed

OBJEKTIF PROGRAM Mempercepatkan proses pemulihan PSAS akibat daripada bencana bagi memastikan persekitaran yang kondusif demi keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Memupuk semangat kerjasama dan kecintaan kepada institusi dalam kalangan warga PSAS dan memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara warga PSAS dengan masyarakat sekitar. Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar PSAS dan meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di PSAS. RUMUSAN PROGRAM Program Gotong-royong Perdana Politeknik Sultan Azlan Shah 2019 dapat memberi impak yang baik kepada warga Politeknik Sultan Azlan (PSAS). Ini dapat dilihat daripada kerjasama yang diberikan warga PSAS adalah sangat baik dan segala kerja dan projek yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Sedikit sebanyak program Gotong-royong Perdana ini telah menaikkan keceriaan dan kebersihan jabatan-jabatan yang terlibat di dalam Politeknik Sultan Azlan Shah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang dan daripada program ini juga boleh meningkatkan nilai tambah kepada pelajar dalam mengaplikasi teori yang telah diajar di dalam kelas kepada realiti kehidupan. Selain itu, sukarelawan yang terlibat di dalam program ini dapat meningkatkan kemahiran kejuruteraan dan memupuk semangat bantu-membantu dalam komuniti dan masyarakat amnya. Figure 2 : Mengecat Pondok Guard PSAS Figure 3: Mengecat handrail tangga di JMSK Figure 4: Mengecat pintu-pintu makmal di JMSK Figure 5: Mengecat divider jalan 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2