COMPLETE BULETIN_compressed

KATA-KATA ALUAN PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera … Terima kasih dan selamat datang ke buletin YES! 2019 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Pada era dunia tanpa sempadan dengan maklumat di hujung jari, buletin amat penting bagi sesebuah organisasi sebagai medium penyadur maklumat dan pengetahuan. Semua informasi berkaitan aktiviti sukarelawan PSAS dapat diterima oleh semua dalam usaha menjadi institusi TVET perdana terpimpin industri menjelang tahun 2020. Pembabitan Sukarelawan YES! PSAS menjadi satu dimensi baru yang memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengalaman berkaitan sukarelawan dan pengurusan sesebuah program. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Sukarelawan YES! PSAS dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha yang lebih proaktif, inovatif serta kompetetif mengorak langkah dalam kepesatan dunia digital dan komunikasi dalam komuniti maya kini. Terima kasih. Dr. Naimah Binti Md Khalil Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2