COMPLETE BULETIN_compressed
Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim … Assalamualaikum dan salam sejahtera … Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita saksikan sebuah penerbitan Buletin yang menjadi rujukan buat warga PSAS dalam melaksanakan program CSR dan kerja2 kemasyarakatan, iaitu Buletin YES 2019 PSAS kali pertama. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada Ketua Unit YES PSAS dan jawatankuasa penulisan Buletin ini atas usaha dan penat lelah tanpa mengenal erti jemu dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga PSAS. Buletin YES 2019 PSAS ini turut menjadi medium bagi warga dan pelajar untuk mengasah bakat mereka selain dari menjadi rujukan bagi setiap warga yang akan melaksanakan program kemasyarakatan baik di dalam maupun di luar PSAS. Di buletin ini tersimpan aktiviti-aktiviti CSR yang dilaksanakan sepanjang tahun 2019 dan pastinya akan menjadi tatapan kenangan bagi mereka yang bersusah payah menjayakan program yang dirancang itu. Penghasilan Buletin YES PSAS 2019 ini bukan sahaja merekodkan kenangan semasa pelaksanaan program, tetapi juga merakamkan kecemerlangan unit CSR YES khususnya dan PSAS secara keseluruhannya dalam memberi khidmat bakti kepada komuniti baik dalaman maupun luaran. Terdapat 7 kluster yang terkandung dalam YES Politeknik seperti Pemindahan Teknologi Dan Perkongsian Ilmu, Pembangunan Kelestarian Alam, Operasi Khidmat Masyarakat, Pembangunan Keusahawanan, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Kesihatan Dan Pembangunan Kerohanian di pamerkan di dalam Buletin ini bagi menunjukkan hasrat murni yang diimpikan oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik diperingkat PSAS. Sebagai ketua editor Buletin YES 2019 PSAS, saya mewakili Team Sidang Redaksi 2019 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan buletin ini, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri kami sendiri. Sesungguhnya, kami telah memerah upaya agar Buletin YES 2019 PSAS akan tetap tersemat di hati warga PSAS. Semoga dengan penghasilan buletin ini, semua kenangan dan memori indah bersama Team YES PSAS dapat dipotretkan untuk tatapan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. Marzuki Sepiaail Ketua Editor Buletin YES! 2019 Merangkap Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Sidang Redaksi Penasihat Dr. Naimah Binti Md Khalil Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Ketua Editor Marzuki Sepiaail Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah Penolong Ketua Editor Muhamad Adha Bin Shamdin@ Shamsuddin Pegawai Sukarelawan YES! Politeknik Politeknik Sultan Azlan Shah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2