COMPLETE BULETIN_compressed

Pada 26 Januari 2019 di Taman Pergola, Slim River telah berlangsung Program Cegah Denggi Persekitaran Bersih 2019. Ini merupakan tanggungjawab dalam pembangunan modal insan harus dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua pihak terutamanya penglibatan secara menyeluruh oleh pelajar politeknik dan pihak pengurusan institusi. Semua tenaga perlu digembelingkan secara bersepadu dan disatukan bagi mencapai pembangunan modal insan. Bagi mencapai hasrat dan wawasan ini, mahasiswa perlu diberi pendidikan, pendedahan dan pengetahuan awal bagi menyedarkan mereka mengenai tanggungjawab dan peranan sosial yang harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat unggul yang boleh mendokong wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang. Program Cegah Denggi Persekitaran Bersih 2019 merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Tanjung Malim, Pejabat kesihatan Daerah Muallim dan COMBI (Communication for Behavioural Impact) di bawah program Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muallim iaitu Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris. Seramai 200 orang pengunjung telah hadir memeriahkan upacara tersebut antaranya ialah YDP Tanjong Malim iaitu Tuan Faizal Nizam Bin Md Nor,Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, Ahli Majlis DaerahTuan Amran Ibrahim Dan Clr Siew Choong Chuan serta komuniti Kg Kurnia. Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) seramai 40 orang telah hadir menjayakan program ini. Pelbagai program telah dilaksanakan antaranya ialah senamrobik, pameran dan pertandingan explore race cegah denggi. Kumpulan dari PSAS telah berjaya mendapat Naib Johan bagi pertandingan explore race tersebut. Pelajar berkumpul sebelum memulakan aktiviti explore race PSAS memenangi Naib Johan Explore Race Cegah Denggi 16

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2