COMPLETE BULETIN_compressed
RUMUSAN Program Cegah Denggi Persekitaran Bersih 2019 dapat memberi impak yang baik kepada pelajar Politeknik Sultan Azlan (PSAS). Ini dapat dilihat daripada kerjasama yang diberikan oleh pelajar adalah sangat baik dan segala kerja yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Sedikit sebanyak program ini telah menaikkan minat pelajar dalam aktiviti sukarelawan sekaligus dapat membasmi tempat pembiakan denggi di kawasan sekitar program. Selain itu juga pelajar dapat memupuk semangat berpasukan melalui acara explore yang dapat membentuk sifat kepimpinan. Melalui program ini pelajar dapat mengetahui bahaya penyakit denggi dan kefahaman bahaya HIV dan AIDS melalui pameran yang telah diadakan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang dan daripada program ini juga boleh meningkatkan nilai tambah kepada pelajar kepada realiti kehidupan OBJEKTIF PROGRAM Menarik minat sukarelawan Yes!Politeknik di Politeknik Sultan Azlan Shah khususnya untuk menyumbang tenaga dalam menjalankan kerja- kerja sukarelawan bersama komuniti setempat. Mengasah sifat kepimpinan dalam mengendalikan sesebuah program, memupuk semangat kerjasama sesama pelajar meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai usaha memerangi aedes dan memupuk kefahaman di kalangan remaja mengenai penyakit HIV/AIDS. Acara Senamrobik 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2