COMPLETE BULETIN_compressed

RUMUSAN Kesimpulannya, aktiviti pemurnian solat yang dijalankan oleh sukarelawan dari Unit Pendidikan Islam & Moral serta language games oleh Unit Bahasa Inggeris telah berjaya diadakan bersama-sama anak-anak Felda Besaout 3. Selain dapat menambah ilmu serta memperbaiki kelemahan dan kesilapan dalam menunaikan ibadah solat, para peserta serta sukarelawan juga dapat memupuk sikap bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang ini. Daripada Amru bin Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya berkata, Sabda Rasulullah SAW: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur 10 tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.” Didalam hadis ini, dijelaskan agar kita menyuruh anak kita mendirikan solat, melalui solat kita diajar untuk menghargai segala- galanya dan menghindari diri daripada terjebak dengan perkara tidak elok. Semoga anak-anak Felda Gunung Besaout 3, Trolak mendapat manfaat dari segala aktiviti yang dianjurkan oleh sukarelawan JPA sebagai bekalan untuk menghadapi hari yang mendatang. Dan semoga ukhuwah yang terjalin sesama sukarelawan akan berkekalan selamanya. 72

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2