COMPLETE BULETIN_compressed

Program ini merupakan satuinisiatif daripada pensyarah Unit Bahasa Inggeris,Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi membantu pelajar PSAS semester satu sesiDisember 2018 yang dikategorikan padatahap sangat lemah dan menghadapi kesukaran dalam memahami dan bertuturmenggunakan Bahasa Inggeris. Program berskala panjang ini bermula pada pada 11 Januari dan tamat pada 5 Mei 2019 yang melihat keterlibatan seramai 14 orang pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan seramai 32 orang pelajar semester satu PSAS. Oleh kerana program ini dijalankan untuk pelajar yang lemah Bahasa Inggeris, maka peserta program terlebih dahulu dikenal pasti melalui ‘pre-test’ yang diberikan dalam satu slot Minggu Suai Kenal. Hasil dari ‘pre-test’ yang diberikan, didapati seramai 62 orang telah mendapat markah rendah. Para pelajar ini telah disenaraipendekkan oleh pensyarah kelas masing-masing untuk menentukan yang mereka menepati kriteria yang ditetapkan. Dari saringan yang dibuat, hanya 32 pelajar yang dipilih untuk menyertai program ini. Pelajar-pelajar inikemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dimana setiap kumpulanmengandungi 8 peserta. Para pensyarah juga dibahagi mengikut 4 ‘skill’yangberlainan iaitu (i) listening & speaking, (ii) reading, (iii) writing, dan(iv) grammar. Secara keseluruhan 4 orang pensyarah mengajar satu ‘skill’ yangsama. Dengan memfokuskan terhadap satu-satu ‘skill’ secara spesifik, PdP dapatdilakukan dengan lebih intensif. Pensyarah perlu menyediakan bahan mengajar daninput yang bersesuaian mengikut ‘skills’ yang ditetapkan. Jadual kelas yang disediakan juga berdasarkan‘skill’. Setiap kelas dilaksanakan dalam 1 hingga 2 jam mengikut keperluanpensyarah tersebut. Kelas dijalankan pada setiap petang Jumaat, namun perubahanmasa juga dilakukan mengikut keperluan dan ketersediaan pelajardan pensyarah CSR-REHAB BASI C ENGL I SH 1 . 0 Nurul Wahida binti Zainol Jabatan Pengajian A m wahida _ zainol @ psas.edu.my 73

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2