COMPLETE BULETIN_compressed

Diakhir program ini, parapelajar telah diberikan Borang Soalselidik bagi menilai keberkesanan program. Secarakeseluruhan, majoriti pelajar mendapati pensyarah-pensyarah unit Bahasa Inggeris JPA PSAS layak mengajar dan telah melakukan proses pengajaran dengan baiksepanjang program berlangsung. Namun, terdapat sebilangan kecil daripadapelajar ini mempunyai pendapat yang kontra. Analisa ini jugamendapati, perbezaan ketara dari segi jumlah peratusan bagi aspek komunikasi pelajar sebelum dan selepas program. Sebelum menyertai program, 46.2% pelajar merasakan yang kemahiran komunikasi mereka berada pada tahap ‘sangat lemah’ dan‘lemah’. Namun selepas menyertai program, 100% pelajar menilai kemahiran komunikasi mereka pada tahap baik dan cemerlang. Di samping itu, 100% pelajar‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ bahawa aktiviti program adalah bersesuaian dengan objektif, terancang dan ianya adalah sesuatu yang baru bagi mereka. Maklumbalas yang baik juga diterima dengan 92.3% bersetuju yang bahan-bahan keperluan program sangat membantu mereka. RUMUSAN Namun begitu, terdapatbeberapa permasalahan yang timbul sewaktu perlaksanaan program ini. Masalahutama pensyarah ialah kesukaran mengadakan pertemuan dengan pelajar keranamereka adalah dari kelas-kelas yang berlainan dengan jadual pelajar yang sangatpadat. Tidak terkecuali juga isu perlaksanaan kelas di sebelah petang keranaianya adalah kurang praktikal kerana pelajar keletihan setelah melalui haripembelajaran yang panjang sejak dari pagi. Oleh itu, Pengarah Program telah mengusulkan cadangan penambahbaikan dimana kumpulan pelajar ini dibahagikan mengikut kelas dan akan diberikan kepada pensyarah yang mengajar kelas tersebut, tanpa mengira jumlah minima pelajar. Sebagai contoh pensyarah yang mengajar kelas DKA1 akan mengajar pelajar lemah DKA1 walaupun hanya 2 orang. Ini membuatkan pelajar rasa lebih ‘berhubung’ dengan pensyarah kerana kerap berjumpa didalam kelas. Masalah kesukaran melaksanakan pertemuan juga dapat dielakkan. Kesimpulannya, program inidianggap berjaya kerana dilihat telah memberikan impak yang positif kepadapelajar-pelajar yang lemah ini. Ini kerana, lebih dari separuh pesertamenyatakan yang mereka akan mngikuti program ini sekali lagi jika diadakan dimasa hadapan manakala 45.5% lagi akan mencadangkan program ini kepada rakanlain. Ini jelas menunjukkan bahawa program seumpama ini adalah sangat relevanuntuk pelajar-pelajar ini dan patut diteruskan lagi pada masa hadapan. 75

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2