COMPLETE BULETIN_compressed
PROGRAM GOTONG ROYONG JABATAN PENGAJ IAN AM SEMPENA GOTONG ROYONG PERDANA POL I TEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2019 Tanggal 11 Mac 2019 akan menjadi suatu tarikh yang terpahat kukuh di ingatan warga Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Kedamaian suasana petang Isnin pada hari itu, telah digemparkan dengan kejadian bencana alam yang tidak dijangka oleh seluruh warga PSAS khususnya serta penduduk Behrang amnya. Kejadian hujan lebat dan ribut petir luar biasa itu telah mengakibatkan kerosakan teruk pada kebanyakan bangunan dan prasarana di PSAS. Seramai 100 orang pelajar dilaporkan telah kehilangan tempat menginap apabila bangunan asrama yang mereka duduki merupakan salah satu bangunan yang terkesan oleh bencana tersebut. Tidak terkecuali bangunan kelas malah salah satu Makmal Bahasa Jabatan Pengajian Am (JPA) turut menerima tempias dimana bumbung di lokasi - lokasi berkenaan telah diterbangkan angin ribut sehingga mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan oleh pihak PSAS bagi memulihkan kembali keadaan khususnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan baik. Antaranya adalah penganjuran Program Gotong Royong Perdana PSAS 2019 yang telah diadakan pada minggu pertama sesi Jun 2019 dengan menyaksikan keterlibatan hampir kesemua warganya disamping pelajar semester satu sesi tersebut. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi menjayakan program ini dimana ianya dimulakan dengan acara perasmian dan senamrobik di kalangan staf dan pelajar. Selain menyeronokan, aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan pentingnya menjaga kesihatan di samping mewujudkan keharmonian di kalangan warga PSAS itu sendiri. Setelah itu, pelajar mula diagihkan kepada jabatan-jabatan mengikut kelas masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemurnian Gazebo, pemurnian lanskap, penanaman pokok, mengecat besi laluan koridor, mengecat pembahagi jalan dan pakir serta gotong royong membersih serta menceriakan makmal bahasa. NurulWahida binti Zainol JabatanPengajianAm wahida_zainol@psas.edu.my 76
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2